PERTUBUHAN BELIA ISLAM BERSATU

PERTUBUHAN BELIA ISLAM BERSATU

CAWANGAN JOHOR

CAWANGAN JOHOR

Sunday, August 30, 2009

berita terbaru dr Jen

Assalammualaiku​m ..
Selamat berpuasa pada semua kawan ..
Harap2 di bulan yang mulia ni dapatlah kita perbykkan amal ibadat ...
Di sini ada pesanan dr jen..

Jen telah berbincang dgn majlis tertinggi 313 insya^allah lepas raya kita rombak dan susun AJK2 kita untuk pantau pergerakan ahli2 kita,dan kita akan tubuhkan pergerakan amal kebajikan 313 untuk membantu ahli2 kita yang di dalam kesusahan contoh kematian,​kemalangan,​perkawinan .... di sini jgk kita akan lantik dan menghantar ahli2 313 ke kelas urus jenazah dan kelas fardhu ain,kita akan hantar ke kelas bacaan al quran,dan kita ambil beberapa ahli yang berminat untuk menyanyi lagu nasyid,semua ni akan di pilih ...
yang paling utama kita akan membantu orang kurang upaya dan anak2 yatim piatu yang memerlukan bantuan .... semua telah tersusun,​insya^​allah,​marilah kita sama2 jayakan perjuangan kita ...

Wednesday, August 26, 2009

SYARAT-SYARAT PEMILIHAN WAKIL JENERAL

Assalamualaikum w.b.t. kepada semua ahli 313 samada yang lama mahupun yang baru.Di sini sy senaraikan syarat pemilihan Wakil Jeneral bagi cawangan di setiap negeri.Syarat-syarat ini telah ditetapkan oleh Timbalan Jeneral Setia Al-Walid hasil perbincangan bersama Jeneral.

  1. Bertanggungjawab dan Amanah
  2. Mempunyai ciri-ciri kepimpinan dan sahsiah diri yang terpuji
  3. Berusia 18 tahun ke atas
  4. Taat dan patuh pada perintah ALLAH s.w.t. serta bertaqwa
  5. Dapat melaksanakan tugasan dgn baik dan membimbing orang-orang lain ke arah jalan yang lurus
  6. Taat setia dalam perjuangan

Tuesday, July 21, 2009

Maklumat Dari Jeneral

Assalamualaikum..
Berita terbaru 313, ahli2 pekida (30) telah bergabung dengan 313, mereka dapat terima kita dengan baik.

Monday, July 20, 2009

Maklumat Untuk Semua

Salam perjuangan



Perhatian kepada semua yang melayari blog ini,saya ingin memberitahu bahawa saya iaitu Panglima Setia Haroun Al Rasyid bin Zainalabidin
( Wakil Mutlak Jeneral di Negeri Johor )
akan menyerahkan tugas dan tanggungjawab saya selama 7 bulan ini kepada
saudara Maznorzairil bin Mazelan.
Ini adalah kerana saya akan mengikuti latihan asas Polis di Pusat Latihan Polis Ayer Hitam, Negeri Sembilan bermula 1 Ogos 2009 hingga akhir bulan 2/2010.
Saya mengharapkan kepada ahli2 313 sekitar Johor dapat memberikan kerjasama kepada beliau.Saya telah mendapat sokongan dan persetujuan dari Timbalan Jeneral Setia Al-Wallid untuk melantik saudara Maznorzairil bin Mazelan sebagai
Pemangku Wakil Mutlak Jeneral di Negeri Johor berkuatkuasa 1 Ogos 2009.
Sebarang masalah dan pertanyaan anda boleh menghubungi beliau.


Kepada mereka yang berminat bersama 313,anda boleh mendaftar terus kepada
saudara Maznorzairil. Tetapi,setiap penyertaan akan di tapis secara ketat oleh beliau.
Sepanjang ketiadaan saya,beliau akan di bantu oleh Timbalan Jeneral Setia Al-Wallid.




Saudara Maznorzairil bin Mazelan
( Pemangku Wakil Mutlak Jeneral di Johor )
017-7100535

Thursday, July 9, 2009

Peringatan Utk Ahli 313

Panglima Setia Haroun Al Rasyid bin Zainalabidin
Wakil Mutlak Jeneral


Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah kerana saya masih lagi dpat bersama dengan pejuang2 313 dalam meneruskan misi kita.Utk pengetahuan rakan2,keahlian kita dari Johor setakat ini semakin bertambah dari hari ke hari.Terutama dari daerah Segamat.Hasil bantuan dari rakan2 seperti saudara Maznorzairil bin Mazelan,kita dapat menambah keahlian kita di Johor ini.



Saya berharap harapan dari Jeneral dan Timbalan Jeneral utk meluaskan pengaruh dan sayap pertubuhan kita di selatan tanahair kita ini menjadi kenyataan.Walaupun rata2 keahlian kita datang dari pelajar sekolah.kita tetap mengharapkan mereka ini dapat same2 berjuang dalam 313 ini.Saya juga ingin mengingatkan bahawa keahlian di negeri Johor ini di tapis dengan ketat.Ini adalah mengelakkan daripada berlakunya perkara2 yang tidak di ingini.



Tahniah saya ucapkan kepada beberapa ahli baru kita kerana telah berjaya dari tapisan yang telah saya tetapkan.Berikut adalah senarai mereka yang ditauliahkan menjadi ahli 313.Namun mereka akan bergerak di bawah PANJI SABILILLAH JOHOR.




  • Saudara Fakhrur Hanafi bin Rosman

  • Saudara Roszaimee bin Rasol

  • Saudari Shahirah Rahimah binti Abd. Rahman

  • Saudara Maznorzairil bin Mazelan

  • Saudara Mohd. Amirul Nizam bin Monek

Saya mengharapkan mereka akan terus taat setia kepada 313.


Wassalam..

Monday, July 6, 2009

BACA

Assalamualaikum.
Saya ingin memberikan sedikit nasihat kpd pihak tertentu yg mengkaitkan Pertubuhan Geng Otai Malaysia dengan PEKIDA dan kumpulan samseng tertentu. Saya ingij tegaskan di sini bahawa PBIB ini bukan satu pertubuhan samseng,

Semua perlembagaan, matlamat perjuangan kami, aksesori, sejarah 313 ini dan ikrar Taat setia semuanya saya yg buat. Saya tahu apa matlamat 313 ini. 313 ni bukan kongsi gelap atau apa2. Saya beri amaran pada sesiapa yg cuba menjatuhkan 313 ini. Dlm 313, kami x pakai istilah ayahanda, abang long, abang ngah, tiger wari, naga, 36 dan seangkatan dgn nya.. Kalau nak kutuk kami biar ada bukti. Jgn main cakap saja ikut sedap bibir. Boleh tergolong dlm fitnah.

Sekarang ramai saudara seangkatan aku di hina, kononya 313 ini samseng terlibat dlm pergaduhan di Damansara, Ukay Perdana dan mcm2. Apa kejadah tu? Ada otak ke bila nak cakap tu?> Kalau ada knowledge baru la cakap. kalau tak tahu diam tutup mulut dan gari mulut tu dgn rantai.

Walaupun saYA bekas timbalan presiden di bawah pimpinan Presiden 313 ini seorang Abang Long SAHABAT kampung Baru, namun saya tetap akan pertahankan 313 sampai selama lamanya tanpa menghiraukan ancaman dari mana mana pihak. ALLAH SWT ada bersama kami, buat apa kami perlu takut pada penyebar fitnah?

kami mengamalkan prinsip amar makhruf nahi mungkar juga. bukan nak tiru mcm pekida tapi amalan amar makhruf nahi mungkar ini perlu di buat dalam kalangan masyarakat dlm sesebuah negara. Semangat BROTHERHOOD kami satu angkatan tentera ALLAH, berlindung di bawah panji hitam ufuk timur tetap akan berdiri megah, teguh, bersatu, dan assabiah!.Kami ini maju membantu anak anak melayu muda, dah nama pertubuhan pun belia, x kan nak jadi samseng? kami juga melaksanakan undang2 di mana sekiranya ada ahli yg terlibat dlm kemungkaran akan kami MAjlis Tertinggi ambil tindakan tegas terhadap yg terbabit sebagai amaran dan pengajaran buat ahli yg lain.

Oleh itu, saya menyeru kalau ada mana mana pihak yg x puas hati sila beritahu saya atau jumpa saya secara bersemuka.jgn jadi pengecut dengan menyerbarkan fitnah.

sekian.

PERHATIAN SEMUA...

Jangan approve org yg tak dikenali khususnya budak2 pekida bahagian damansara kerana ia ada kena mengena dengan kita.Diorangla yang menghina kita,mencabar aku dsb..Xkiralah dia nak masuk / jadi ahli 313..

Panglima telah menambah syarat2 menjadi ahli 313 antaranya ialah; perlu memberi gambar, tinggal mana & ada kaitan dgn mana2 prtubuhan di Msia ini...Kepada jeneral otai,jika ada ahli baru yg ingin menyertai 313..tlg bgtau ak spe die,tinggal dimana dan beri gambar dia kepada panglima gayong.

Sesiapa diantara kita yg telah approve budak2 yg sy sbut nama2 dibwh.,sila delete;Eusoff (Logo Pekida - Anti A.A)Cupi/ namanye hielfarith sufri (Kesatria)Jan (Parkour XC climb)Dan bnyk lagi.​.​,​kesemuanya tinggal di Bdr Sri Damansara..

Jika panglima mendapati mereka ada,pihak 313 secara automatik akan buang mereka & ditapis.Harap semua ahli beri kerjasama...!!

Saturday, July 4, 2009

MAKLUMAT 313

Tujuan 313 di tubuhkan adalah untuk menyatukan umat islam dan membangkitkan semangat islam di kalangan anak2 muda dan semua peringkat usia. Ramai yg bertanya munkin... kenapa 313 lain mcm jer !

Ha untuk pengetahuan anda 313 ni di petik dari kemenangan islam yang pertama,iaitu perang badar,jumlah tentera pada masa tu 313 orang,jadi simbol 313 tu di ambil untuk memperingati perang badar dan juga kemenangan tersebut. Semoga semangat dan juga matlamat perjuangan umat islam kini tidak akan tersasar atau tersimpang dari yg benar. Apa-apa pun kita sekadar merancang, tidak ada sesiapa pun yang merancang untuk gagal kan! kalau gagal merancang ada la. Semoga penubuhan 313 ini akan menjadi satu landasan untuk masyarakat islam global menuju kejayaan. Insyaallah marilah kita bersama-sama merancang ke arah kejayaan. Semoga usha kita akan biberkati oleh ALLAH SWT Amin.

313 juga adalah jumlah para2 nabi. Juga Insyaallah semoga dengan penubuhan 313 ini akan dapat mencapai matlamat utama kita iaitu bersatu dan tumpukan ekonomi untuk tolong bangsa sendiri,kalau bangsa lain boleh tolong bangsa dia kenapa melayu tak boleh tolong bangsa sendiri.

313 ini ditubuhkan pada tahun 2008 oleh Jeneral utk menyatupadukan semua umat islam terutamanya golongan muda yg bnyk terpesong daripada akidah. Golongan muda masa kini bnyk tercenderung dlm gejala tak sihat, bergaduh sesama sendiri, terikut anasir2 liar. Hal ini menyebabkan ISLAM sering di hina, di pijak oleh KAFIR!.

Kami ahli 313 tidak ada kaitan langsung dengan PEKIDA,PAPIM,MADA,PEWARIS,PROWARIS,PEKEMA,SERANGKAI 3,YAKUZA,PEKIMA,HINDRAF,WAYUSHA,06,08,21,24,30,36,360,363,369,77,99,108,205,6666 dan sebagainya.Kami bukan Kongsi Gelap tapi Kami pertubuhan Islam seperti HAMAS.

Matlamat kami adalah untuk mempertahankan ISLAM, menyatukan anak2 bangsa melayu terutama golongan muda, bersama-sama mengembangkan syiar ISLAM dgn lebih luas.Selain itu, perjuangan Tentera 313 adalah kerana ALLAH SWT!, kami ahli 313 mahu membantu bangsa melayu yg di tindas, di hina.Kami tak mahu anak2 muda melayu terlibat dgn gejala tak sihat.

Kami beranggapan bahawa anak2 muda melayu yg terjebak dlm gejala x sihat merupakan anak2 muda yg memalukan bangsa mereka sendiri, menjatuhkan maruah ISLAM dan memberikan pandangan negatif terhadap orang2 kafir. Sebahagian Anak2 muda sekarang makin taksub dengan anasir-anasir luar. Intiharnya, kami ahli 313 berharap umum memahami maksud 313, paham matlamat kami dan umum mesti berfikiran luas dan positif. Marilah bersama-sama kita mengembangkan lagi syiar ISLAM dengan lebih luas!. Mudahan bangsa melayu menjadi bangsa yang cemerlang dan contoh pada masa akan datang!.

Aktiviti 313 adlh sprti berikut; -Kelas Mengaji Al Quran di KGB(secara percuma) -Majlis Syura -Majlis Rumah Terbuka -Dana Kebajikan / Ekonomi > sedekah,derma kpd rakyat Islam khususnya saudara seislam di Palestin. -Perjumpaan antara ahli negeri @ luar negeri-Majlis Tahlil, Membantu di Majlis Knduri ahli, Kaunseling, Perjmpaan dengan Wakil @ Jeneral, dsb.

UNDANG - UNDANG 313


1)PARA AHLI 313 PERLU BEKERJASAMA ANTARA SATU SAMA LAIN.

2)SETIAP NEGERI HANYA DIKETUAI OLEH SEORANG SAHAJA WAKIL MUTLAK 313.

3)PARA AHLI MESTILAH TIDAK MELAKUKAN PERKARA2 YANG MAMPU MENDATANGKAN KEMUDARATAN DALM 313,DIRI,KELUARGA MAHUPUN AGAMA,BANGSA DAN NEGARA.

4)BAGI AHLI-AHLI PEKIDA,PEWARIS,SAHABAT,DAN SEUMPAMANYA YG MENYERTAI 313 DILARANG SAMA SEKALI MENGAITKAN 313 DENGAN MANA-MANA KUMPULAN YG LAIN.

5) PARA AHLI MESTILAH BERPENGANG PADA KONSEP 'AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR'.

6) AHLI DILARANG SAMA SEKALI MNGAMALKAN BUAH-BUAH TERTENTU BAGI MENGELAKKAN TNGGPAN SALAH MASYARAKAT TERHADAP 313.

7) KEPADA AHLI YG BAWAH UMUR (17 TAHUN KEBAWAH) MEREKA DILETAK DALM PANJI SABILILLAH [PS].

8)WAKIL MUTLAK 313 PERLULAH MENJAGA DAN MEMANTAU PERGERAKAN ANAK BUAH DARI SEMASA KE SEMASA.

9)WAKIL MUTLAK HANYA DIBENARKAN MELANTIK SEORANG SAHAJA PEMBANTU WAKIL MUTLAK SUPAYA TIDAK MENIMBULKAN KEKELIRUAN SESAMA AHLI.. HAL INI PERLU SUPAYA TIDAK ADA AHLI YG MENGAKU BELIAU ADALAH PEMBANTU WAKIL MUTLAK(WM).

10)PENGUNAAN NAMA SAMARAN YG MMBAWA MAKSUD YG TIDAK BAIK..DILARANG SAMA SEKALI.

11)AHLI-AHLI DILARANG SAMA SEKALI MNGGUNAKAN NAMA 313UNTUK TUJUAN YANG TIDAK BAIK DAN TUJUAN YG TERTENTU BAGI KEPENTINGAN DIRI DAN SEUMPAMANYA.

12)AHLI- YG MELAKUKAN KESALAHAN DIBERI 3 KALI AMARAN.SEKIRANYATETAP MELAKUKAN KESALAHAN..AHLI TERSEBUT AKN DIPECAT DARIPADA 313.

13)BAGI KESALAHAN BERAT, IA AKN DIKENDALIKAN OLEH BIRO DISIPLIN.

14)SEGALA KEPUTUSAN MUKTAMAD TERLETAK KEPDA BIRO DISIPLIN DAN MAJLIS TERTINGGI..

15)AHLI MESTI BERPEGANG TEGUH KEPADA AJARAN ISLAM, MENJADIKAN AL-QURAN DAN HADIS SEBAGAI PANDUAN DLM KEHIDUPAN, BERPEGANG TEGUH KEPADA PRINSIP 3 RUKUN [ RUKUN ISLAM, IMANDAN RUKUN NEGARA], MEMATUHI PERLEMBAGAAN NEGARA, TAAT SETIA KEPADA PEMIMPIN DAN RAJA-RAJA MELAYU.

16) AHLI MESTI MEMPERTAHANKAN KESUCIAN ISLAM, KEAMANAN NEGARA DAN BANGSA MELAYU.

17) AHLI MESTI MENANAMKAN SEMANGAT 313 DAN TAAT SETIA DALAM JIWA DAN JGN SESEKALI BERPALING TADAH ATAU MENGKHIANATI SESIAPA.

18) AHLI DILARANG TERLIBAT DALAM MAKSIAT, KEMUNGKARAN & ANASIR-ANASIR NEGATIF TERUTAMA AHLI-AHLI MUDA.

19) AHLI MESTI BERSATU SEBAGAI SEBUAH PASUKAN,ANGKATAN DAN KELUARGA DLM MENGHARUNGI CABARAN DAN HALANGAN.

20) AHLI PERLU MENUNJUKKAN SAHSIAH DIRI, JATI DIRI, DISIPLIN YANG BAIK DAN DILARANG BERSIKAP ALA SAMSENG.

BIRO DISIPLIN:BIRO DISIPLIN DIWUJUDKAN BAGI MEMASTIKAN AHLI2 YANG MELAKUKAN KESALAHAN AKN DIHADAPKAN KE BIRO DISIPLIN.BIRO DISIPLIN BERPERANAN MENYIASAT DAN MMBERI KATA PUTUS YG TERTENTU MENGUKUT KESALAHAN YANG DILAKUKAN OLEH AHLI..NAMUN..BIRO DISIPLIN PERLULAH MNGHANTAR SEGALA KEPUTUSAN KEPADA MAJLIS TERTINGGI BAGI MEMASTIKAN SEGALA KEPUTUSAN DIPERSETUJUI OLEH MAJLIS TERTINGGI..SEGALA KEPUTUSAN PERLU JUGA DISERAHKAN KEPADA WAKIL MUTLAK DI MANA ANAK BUAHNYA MELAKUKAN KESALAHAN TERSEBUT SUPAYA WAKIL MUTLAK FAHAM DAN DAPAT MNGECAM ANAK BUAHNYA YG MELAKUKAN KESALAHAN-KESALAHAN TERTENTU..BIRO DISPLIN DIANGGOTAI OLEH :-
1.PANGLIMA SETIA AL-KHATTAB [ TAMAN DESA BAIDURI, KETUA BIRO],
2.PANGLIMA KELANTAN [KELANTAN],
3. PUTERI SUMAYYAH [GOMBAK, PEMIMPIN WANITA. 313]
SEKIAN..PATUHI UNDANG-UNDANG.