PERTUBUHAN BELIA ISLAM BERSATU

PERTUBUHAN BELIA ISLAM BERSATU

CAWANGAN JOHOR

CAWANGAN JOHOR

Saturday, January 16, 2010

PERHATIAN!!

Assalamualaikum...

Kt cnie sy nk inform yg hp serta nombor sy hilang beberapa hari yg lepas.So kalau ada nombor sy msg korg semua,itu bukan sy.Buat masa nie sy xda nombor baru.Jadi kalau ada hal penting blh hantar komen atau msg kt myspace sy...Terima kasih=)

Sunday, August 30, 2009

berita terbaru dr Jen

Assalammualaiku​m ..
Selamat berpuasa pada semua kawan ..
Harap2 di bulan yang mulia ni dapatlah kita perbykkan amal ibadat ...
Di sini ada pesanan dr jen..

Jen telah berbincang dgn majlis tertinggi 313 insya^allah lepas raya kita rombak dan susun AJK2 kita untuk pantau pergerakan ahli2 kita,dan kita akan tubuhkan pergerakan amal kebajikan 313 untuk membantu ahli2 kita yang di dalam kesusahan contoh kematian,​kemalangan,​perkawinan .... di sini jgk kita akan lantik dan menghantar ahli2 313 ke kelas urus jenazah dan kelas fardhu ain,kita akan hantar ke kelas bacaan al quran,dan kita ambil beberapa ahli yang berminat untuk menyanyi lagu nasyid,semua ni akan di pilih ...
yang paling utama kita akan membantu orang kurang upaya dan anak2 yatim piatu yang memerlukan bantuan .... semua telah tersusun,​insya^​allah,​marilah kita sama2 jayakan perjuangan kita ...

Wednesday, August 26, 2009

SYARAT-SYARAT PEMILIHAN WAKIL JENERAL

Assalamualaikum w.b.t. kepada semua ahli 313 samada yang lama mahupun yang baru.Di sini sy senaraikan syarat pemilihan Wakil Jeneral bagi cawangan di setiap negeri.Syarat-syarat ini telah ditetapkan oleh Timbalan Jeneral Setia Al-Walid hasil perbincangan bersama Jeneral.

  1. Bertanggungjawab dan Amanah
  2. Mempunyai ciri-ciri kepimpinan dan sahsiah diri yang terpuji
  3. Berusia 18 tahun ke atas
  4. Taat dan patuh pada perintah ALLAH s.w.t. serta bertaqwa
  5. Dapat melaksanakan tugasan dgn baik dan membimbing orang-orang lain ke arah jalan yang lurus
  6. Taat setia dalam perjuangan

Tuesday, July 21, 2009

Maklumat Dari Jeneral

Assalamualaikum..
Berita terbaru 313, ahli2 pekida (30) telah bergabung dengan 313, mereka dapat terima kita dengan baik.

Monday, July 20, 2009

Maklumat Untuk Semua

Salam perjuangan



Perhatian kepada semua yang melayari blog ini,saya ingin memberitahu bahawa saya iaitu Panglima Setia Haroun Al Rasyid bin Zainalabidin
( Wakil Mutlak Jeneral di Negeri Johor )
akan menyerahkan tugas dan tanggungjawab saya selama 7 bulan ini kepada
saudara Maznorzairil bin Mazelan.
Ini adalah kerana saya akan mengikuti latihan asas Polis di Pusat Latihan Polis Ayer Hitam, Negeri Sembilan bermula 1 Ogos 2009 hingga akhir bulan 2/2010.
Saya mengharapkan kepada ahli2 313 sekitar Johor dapat memberikan kerjasama kepada beliau.Saya telah mendapat sokongan dan persetujuan dari Timbalan Jeneral Setia Al-Wallid untuk melantik saudara Maznorzairil bin Mazelan sebagai
Pemangku Wakil Mutlak Jeneral di Negeri Johor berkuatkuasa 1 Ogos 2009.
Sebarang masalah dan pertanyaan anda boleh menghubungi beliau.


Kepada mereka yang berminat bersama 313,anda boleh mendaftar terus kepada
saudara Maznorzairil. Tetapi,setiap penyertaan akan di tapis secara ketat oleh beliau.
Sepanjang ketiadaan saya,beliau akan di bantu oleh Timbalan Jeneral Setia Al-Wallid.




Saudara Maznorzairil bin Mazelan
( Pemangku Wakil Mutlak Jeneral di Johor )
017-7100535

Thursday, July 9, 2009

Peringatan Utk Ahli 313

Panglima Setia Haroun Al Rasyid bin Zainalabidin
Wakil Mutlak Jeneral


Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah kerana saya masih lagi dpat bersama dengan pejuang2 313 dalam meneruskan misi kita.Utk pengetahuan rakan2,keahlian kita dari Johor setakat ini semakin bertambah dari hari ke hari.Terutama dari daerah Segamat.Hasil bantuan dari rakan2 seperti saudara Maznorzairil bin Mazelan,kita dapat menambah keahlian kita di Johor ini.



Saya berharap harapan dari Jeneral dan Timbalan Jeneral utk meluaskan pengaruh dan sayap pertubuhan kita di selatan tanahair kita ini menjadi kenyataan.Walaupun rata2 keahlian kita datang dari pelajar sekolah.kita tetap mengharapkan mereka ini dapat same2 berjuang dalam 313 ini.Saya juga ingin mengingatkan bahawa keahlian di negeri Johor ini di tapis dengan ketat.Ini adalah mengelakkan daripada berlakunya perkara2 yang tidak di ingini.



Tahniah saya ucapkan kepada beberapa ahli baru kita kerana telah berjaya dari tapisan yang telah saya tetapkan.Berikut adalah senarai mereka yang ditauliahkan menjadi ahli 313.Namun mereka akan bergerak di bawah PANJI SABILILLAH JOHOR.




  • Saudara Fakhrur Hanafi bin Rosman

  • Saudara Roszaimee bin Rasol

  • Saudari Shahirah Rahimah binti Abd. Rahman

  • Saudara Maznorzairil bin Mazelan

  • Saudara Mohd. Amirul Nizam bin Monek

Saya mengharapkan mereka akan terus taat setia kepada 313.


Wassalam..

Monday, July 6, 2009

BACA

Assalamualaikum.
Saya ingin memberikan sedikit nasihat kpd pihak tertentu yg mengkaitkan Pertubuhan Geng Otai Malaysia dengan PEKIDA dan kumpulan samseng tertentu. Saya ingij tegaskan di sini bahawa PBIB ini bukan satu pertubuhan samseng,

Semua perlembagaan, matlamat perjuangan kami, aksesori, sejarah 313 ini dan ikrar Taat setia semuanya saya yg buat. Saya tahu apa matlamat 313 ini. 313 ni bukan kongsi gelap atau apa2. Saya beri amaran pada sesiapa yg cuba menjatuhkan 313 ini. Dlm 313, kami x pakai istilah ayahanda, abang long, abang ngah, tiger wari, naga, 36 dan seangkatan dgn nya.. Kalau nak kutuk kami biar ada bukti. Jgn main cakap saja ikut sedap bibir. Boleh tergolong dlm fitnah.

Sekarang ramai saudara seangkatan aku di hina, kononya 313 ini samseng terlibat dlm pergaduhan di Damansara, Ukay Perdana dan mcm2. Apa kejadah tu? Ada otak ke bila nak cakap tu?> Kalau ada knowledge baru la cakap. kalau tak tahu diam tutup mulut dan gari mulut tu dgn rantai.

Walaupun saYA bekas timbalan presiden di bawah pimpinan Presiden 313 ini seorang Abang Long SAHABAT kampung Baru, namun saya tetap akan pertahankan 313 sampai selama lamanya tanpa menghiraukan ancaman dari mana mana pihak. ALLAH SWT ada bersama kami, buat apa kami perlu takut pada penyebar fitnah?

kami mengamalkan prinsip amar makhruf nahi mungkar juga. bukan nak tiru mcm pekida tapi amalan amar makhruf nahi mungkar ini perlu di buat dalam kalangan masyarakat dlm sesebuah negara. Semangat BROTHERHOOD kami satu angkatan tentera ALLAH, berlindung di bawah panji hitam ufuk timur tetap akan berdiri megah, teguh, bersatu, dan assabiah!.Kami ini maju membantu anak anak melayu muda, dah nama pertubuhan pun belia, x kan nak jadi samseng? kami juga melaksanakan undang2 di mana sekiranya ada ahli yg terlibat dlm kemungkaran akan kami MAjlis Tertinggi ambil tindakan tegas terhadap yg terbabit sebagai amaran dan pengajaran buat ahli yg lain.

Oleh itu, saya menyeru kalau ada mana mana pihak yg x puas hati sila beritahu saya atau jumpa saya secara bersemuka.jgn jadi pengecut dengan menyerbarkan fitnah.

sekian.